Saturday, December 24, 2011

UlangTahun ke-5


23.12.2011 merupakan tarikh genap usia perkahwinan kami.
Syukur Alhamdulillah apabila hubungan yang disatukan dengan 1 lafaz akad nikah telah merubah kehidupan aku keseluruhannya.

Di sini aku nak kongsikan ilmu tentang rumahtangga semasa aku membaca blog seorang ustaz ni.
Dua fungsi rumahtangga yang perlu kita amal dan usahakan bersama pasangan ialah:
(aku pinjam kata-kata motivasi drp Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

1)Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan.
Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri.
Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.

2) Tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk.
Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :
Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)
Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.

3) Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan.
Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya.

Kesimpulannya perkahwinan itu memerlukan kita memahami bahasa cinta pasangan kita yang kadang2 tidak menuturkan dengan kata2 namun dengan tingkah lakunya kita tahu dia sebenarnya menghargai dan menyayangi diri kita.


Friday, December 16, 2011

Terapi Jiwa..

cuti yang panjang kadang2 ada baik dan buruknya..
terutama utk ibu2 yang ada anak kecil..
memang mencabar diri ibarat terapi jiwa..:)..
kerna setiap saat n masa kita akan bersama mereka..
tabik springg la kepada sesiapa yang leh jadi fully h.wife..

tgkla video di atas...(maaf visual kurang memuaskan..)huhuhuh
 itula hari2 cuti yang saya lalui bersama anak2..
kadang2 tension gak..utk mengurangkan stress..
terus start kereta bawak diorang g taman..hihihihi
tapi tanpa mereka tentu hidup kite akan sunyi...
just nak share cuti saya amat bermakna utk anak-anakku..
ahmad hadif & ahmad hafiy..
ibu sayang kalian..

Sunday, December 11, 2011

upah @ gaji..

Sana sini orang cerita tentang gaji..
UNtung Org kerajaan katanya..
GAji naik lagi mengikut Skim SBPA..
Mcm tak CAya ..tapi Kalau Govt nak Bagi..
terima JE la..dgn Penuh keSyukuran.

Cuba fahami pelaksanaan SBPA ni..