Saturday, December 24, 2011

UlangTahun ke-5


23.12.2011 merupakan tarikh genap usia perkahwinan kami.
Syukur Alhamdulillah apabila hubungan yang disatukan dengan 1 lafaz akad nikah telah merubah kehidupan aku keseluruhannya.

Di sini aku nak kongsikan ilmu tentang rumahtangga semasa aku membaca blog seorang ustaz ni.
Dua fungsi rumahtangga yang perlu kita amal dan usahakan bersama pasangan ialah:
(aku pinjam kata-kata motivasi drp Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

1)Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan.
Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri.
Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.

2) Tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk.
Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :
Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)
Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.

3) Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan.
Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya.

Kesimpulannya perkahwinan itu memerlukan kita memahami bahasa cinta pasangan kita yang kadang2 tidak menuturkan dengan kata2 namun dengan tingkah lakunya kita tahu dia sebenarnya menghargai dan menyayangi diri kita.


Friday, December 16, 2011

Terapi Jiwa..

cuti yang panjang kadang2 ada baik dan buruknya..
terutama utk ibu2 yang ada anak kecil..
memang mencabar diri ibarat terapi jiwa..:)..
kerna setiap saat n masa kita akan bersama mereka..
tabik springg la kepada sesiapa yang leh jadi fully h.wife..

tgkla video di atas...(maaf visual kurang memuaskan..)huhuhuh
 itula hari2 cuti yang saya lalui bersama anak2..
kadang2 tension gak..utk mengurangkan stress..
terus start kereta bawak diorang g taman..hihihihi
tapi tanpa mereka tentu hidup kite akan sunyi...
just nak share cuti saya amat bermakna utk anak-anakku..
ahmad hadif & ahmad hafiy..
ibu sayang kalian..

Sunday, December 11, 2011

upah @ gaji..

Sana sini orang cerita tentang gaji..
UNtung Org kerajaan katanya..
GAji naik lagi mengikut Skim SBPA..
Mcm tak CAya ..tapi Kalau Govt nak Bagi..
terima JE la..dgn Penuh keSyukuran.

Cuba fahami pelaksanaan SBPA ni..



Wednesday, January 19, 2011

trauma

avanza yg melanggar keta kami..
remuk teruk bhgn depan avanza ni..

kereta kami yg kena rempuh dr belakang


bergerak jauh ke hadapan..nasib takde keta tgh lalu kt tgh tu..
klu tak..tak tau la nak ckp per..






kejadian yang tak diduga ni berlaku
waktu kami bertiga (aku, yus n hadif) baru lik dr blanja kat tesco xtra..
waktu tu mmg dlm keadaan tenang...tgk jm time tu dlm kul 11.30mlm
tapi kalau dh takdir ..kite dlm keadaan berhati2 pun..

kemalangan tetap kan dtg..
kejadian bermula semasa kiteorg berhenti di traffic light area giant
nak masuk highway pasir gudang..
mmg dh berhenti dlm seminit camtu..
tgh borak2 ng hadif ttg lampu merah maksud berhenti..

tetibe..BANG!>> kiteorg dlm keta menjerit..terkejut
hadif nak nangis..tapi smpt aku pujuk..
yus trus kua tgk keadaan..
remuk gile bonet n bhgn belakang keta kiteorg...
dan keta avanza yg hentam kiteorg..
terberhenti jauh di belakang 10 meter dr keta kami..
mmg mengerikn n menakutkan..nasib bersama yus time tu..
klu tgh sorg..sure menggigil kepala lutut..
biarpun kite tak salah..trauma kejadian tu tetap membuatkn kite takut nak kuar dr keta..
alhamdulillah kami selamat..
cuma geramla,..cina yg langgar keta kiteorg tu dipercayai mabuk@ mengantuk..
tak leh kua dr keta n kepala masih berdarah coz kepala terhantuk kat stereng..
nasib polis dtg cpt sbb baru lps lalu n towing car pun smpi awal..
mmg lega sgt nyawa kiteorg selamat..
sedih kat keta kesygn kiteorg yg kena hentam teruk tu..huhuuhu
dijangka duk di bengkel lebih 3mggu utk direpair..


dugaan demi dugaan..di awal thn 2011..
pasti ader hikmah atas aper yg berlaku..




Saturday, January 15, 2011

Rencah dunia

Hidup ini susah untuk diduga
kadang-kadang kita rasa
dekat sangat dengan seseorang
tapi sebenarnya jauh...
walaupun kita dapat capai & genggam tangannya,
tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..
Mungkin kadang-kadang
kita dapat tengok die ketawa
tapi kita tak tahu..
apa disebalik senyumannya
bila die menangis,
kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya..
walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai..
Rencah dunia,
kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan,
sehinggalah sampai masa kita jatuh..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan
atau..
kita ditinggalkan..

Friday, December 24, 2010

4th Anniv


"A great marriage is not when the perfect couple comes together..

It is when imperfect couple learns to enjoy their differences..."

Semoga Allah akan memberkati kehidupan & hubgn kami hingga ke akhir hayat..~Ameen~

Tuesday, December 14, 2010

Games

Gara2 games ni la hp aku rosak arini...huhuh
Tak tau la ape yg hadif buat sampai skrin hp ni bercolor2...
Kalau die tak bgtau mmg aku tak tau la rupanya hp aku dh rosak..

Hadif: ibu..hp ibu dh rosak la..
Ibu: ish ye ker..sambil belek2 (mcm tak caya coz dekat 2mggu die asyik main games kat hp ni ok jer..
>SAH..mmg rosak..tetibe blank je screen.kena bukak bateri br ok ..tu pun tak lama..pastu blur lagi ng colour2..huhuhu..sabar..sabar..)
Ibu: sape yg wat ni..
Hadif: ahmad hadif yg wat..nanti beli lain je la ibu..

HAhahahhaha..lancarnya mulut die berkata2..
Tapi mmg betul walaupun br 2 thn 8 bulan..die mmg bijak berkata2..

Ayat akhir yg lebih menyentuh hati: ibu jgn la sedih..huuhuhu
(mcm mana tak sedih nak, ibu tgh pening nak setelkan saman keta..tetibe hp lak rosak..hadif..hadif...)